KUALA LUMPUR, Jenama fesyen Perancis SOPHIE Paris menjangka disertai 20,000 ahli bagi sistem pamasaran bertingkatnya (MLM) di Malaysia menjelang akhir tahun ini.
“Kami adalah syarikat MLM fesyen yang pertama memasuki Malaysia dan berharap ini akan membuka peluang perniagaan yang lumayan bagi rakyat Malaysia dengan menceburi perniagaan rangkaian pemasaran,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bruno Hasson.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mementingkan fesyen dan negara ini adalah pasaran yang sempurna untuk membangunkan perniagaan itu, katanya pada majlis pembukaan rasmi cawangan perdana SOPHIE Paris dan pelancaran barisan katalog sulung jenama itu di sini.
Sementara itu, Pengarah Urusan Geoffrey Bagot berkata Malaysia adalah satu negara yang dinamik dan mempunyai kesedaran fesyen yang ideal bagi pembukaan pasaran baharu bagi jenama itu.
“Kami menjangka mengembangkan jenama itu dengan melatih para pengedar di seluruh negera ini.”
“Produk kami kebanyakannya direka bentuk oleh profesional Perancis yang mengemas kini secara tetap trend fesyen di seluruh dunia,” katanya.




