Lagu pertama dalam bahasa inggeris Datuk Siti Nurhaliza bertajuk ‘Fall In Love’. Kini, sekali lagi tampil dengan lagu Inggeris atau English yang kedua iaitu ‘Remember You’. Lagu ‘Fall In Love’ adalah lagu kedua Datuk Siti Nurhaliza dalam bahasa Inggeris dan menurut pengikut juga peminat setia Datuk Siti lagu ini amat dinanti-nantikan oleh mereka.
Sebelum ini, di awal kemunculan Datuk Siti Nurhaliza, Lagu berentak ‘irama malaysia’ dan ‘tradisional’ adalah menjadi pemangkin kejayaan dalam menaikkan nama Datuk Siti. Kini mungkin kelainan yang dicari, lagu berentak ‘international’ seperti ini yang dinyanyikan dalam bahasa inggeris adalah pilihan yang terbaik untuk memasuki dan bersaing dalam pasaran antarabangsa pula apabila yang terbaru Datuk Siti berduet dengan Sean Kingston pula (video).
“Lagu ini cukup bermakna buat diri Siti. Bukan sahaja lagu ini adalah kerjasama sulung Siti dengan artis yang sungguh popular dari Amerika Syarikat, tetapi ia juga merupakan salah satu lagu terbaik yang Siti rakamkan dalam album ini.
”Lagu ini adalah tentang mengenang kembali seseorang yang istimewa dari masa lalu. Tetapi bagi Siti sendiri, Siti banyak mengenang kembali perjalanan Siti dalam persada seni tanahair sejak 17 tahun lalu apabila merakam lagu ini. Berkat doa dan sokongan yang melimpah dari para peminat, keluarga, rakan-rakan artis dan media membuatkan Siti berasa tersyukur, rendah diri, dan disayangi. Oleh itu, Siti mendedikasikan lagu ini kepada semua peminat Siti”, ujar Dato’ Siti Nurhaliza ketika ditanya mengenai single kedua beliau.
Juga menurut sumber Datuk Siti akan berkerjasama untuk berduet pula dengan penyanyi terkenal Bruno Mars.




