Cara Semak Keputusan SPM 2011 SMS Dan Online. Seperti yang diketahui, Keputusan STPM 2011 sudah dikeluarkan pada 7 Mac yang lalu, dan kini tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 22 Mac 2012. Semakan keputusan SPM 2011 SMS dan Online boleh dibuat mulai jam pukul 12 tengah hari.
Selain mengambil keputusan SPM 2011 tersebut di sekolah masing – masing pada 22 Mac 2012 ini, anda boleh semak keputusan SPM 2011 melalui perkhidmatan semakan online atau sistem pesanan ringkas (SMS)
Cara Semak Keputusan SPM 2011 ;
1. Melalui sistem pesanan ringkas (SMS)
Untuk semak keputusan SPM 2011, taip SPM No. Kad Pengenalan NoAngkaGiliran dan hantar ke 15888 atau
Contoh: SPM 941118125961 BH009B193
2. Melalui perkhidmatan online
Untuk semak keputusan SPM 2011, anda hanya perlu layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia
Semoga memperoleh keputusan yang baik kepada semua calon yang mengambil SPM 2011.




