Pemain muda negara, Ariff curi tumpuan di New Zealand

Bekas ketua pasukan Piala Presiden Selangor, Muhammad Ariff Zulkifly tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri di Akademi Bola Sepak Ole, Wellington, New Zealand malah aksinya ketika berlatih turut mendapat pujian.

Menurut abangnya, Effendy Zulkifly, pemain berusia 19 tahun itu berjaya menempatkan diri dalam skuad utama Island Bay United (IBU) yang dilatih oleh pengarah akademi tersebut, Nate Winkel iaitu bekas pemain bola sepak Liga Sweden, Amerika Syarikat dan New Zealand.

Ariff ditaja pengeluar makanan ringan terkemuka, Mister Potato sebanyak RM15,000 dan kini menjalani ujian percubaan selama enam minggu di akademi tersebut.

“Petang tadi (kelmarin) Ariff diturunkan dalam kesebelasan utama skuad IBU dan berjaya membantu pasukannya mendapatkan sepakan penalti.

Menurut di laman facebook Ariff Zulkifly_5 Official juga info terbaru mengesahkan bahawa, setelah 3 hari berlatih di Ole Academy, Willington, Ariff Zulkifly telah berjaya menempatkan dirinya di dalam skuad utama Island Bay United yg dilatih oleh Pengarah Ole Academy, Nate Winkel. Petang tadi Ariff diturunkan dlm kesebelasan utama IBU dan berjaya assist 1 dari 4 gol yg dihasilkan. Ariff bermain sepenuh masa hingga IBU menang 4-2. Satu permulaan yg cukup baik dan mantap buat Ariff .

Powered by WordPress | Lirik Lagu Terbaru