Perkhabaran terbaru bertiup mengatakan bahawa pelakon dan pelakon juga pengacara cantik anggun muslimah, Irma Hasmie akan mengikat tali pertunangan bersama lelaki pilihannya pada 27 Mac ini.
Majlis pertunangan mereka bakal dilangsungkan di kediaman pihak perempuan di Sungai Buloh, Selangor. Turut difahamkan, bakal tunangan Irma berjaya memikat hati pelakon filem ‘Kuliah Cinta’ ini ketika mereka ke tanah suci Mekah tidak berapa lama dahulu.
Jika beritayang diterima ini benar, tahniah diucapkan kepada Irma Hasmie. Semoga hubungan yang dibina berkekalan untuk selama-lamanya,amin.




