Faradhiya Kini Kekasih Saudagar Hotel & Bakal Berkahwin?

Perasan kami Selebriti yang bernama Faradhiya ini lebih kerap berlakon di kaca televisyen berbanding sibuk dengan karier nyanyian beliau walaupun di awal kemunculannya beliau merupakan seorang penyanyi.


Tidak mengapa, drama lakonan beliau selama ini pun seringkali meniti dibibir peminat drama TV Malaysia. Ini ada gossip terbaru untuk anda.

Sumber kami yang rapat dengan selebriti yang sering menampilkan imej seksi ini berkata Faradhiya kini sedang meniti hari bahagia bersama sang kekasih.

Bukan calang calang, kekasih hati Faradhiya ini merupakan seorang saudagar bidang perhotelan yang memiliki rangkaian hotel sendiri di sekitar Putrajaya sehingga ke pantai Timur.

Cuma yang kurang sedapnya dan kami sebagai lelaki tidak ambil peduli pun jejaka yang berwajah ala pemuda Timur Tengah ini merupakan suami orang & khabarnya hubungan mereka masih rahsia.

Mungkinkah Faradhiya bakal bergelar isteri kedua kepada lelaki berusia 37 tahun ini? Maklum’lah, banyak mata yang sudah terpandang Faradhiya sering turun dari kereta mewah Lamborghini lelaki ini.

Powered by WordPress | Lirik Lagu Terbaru