Prestasi Harimau Muda belum tahap Olimpik

Memperkatakan mengenai prestasi skuad Olimpik bolasepak negara selepas tamat perlawanan menentang Jepun semalam yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada skuad olimpik Jepun dengan jaringan 0-4.

Dikatakan menurut Ong Kim Swee, Harimau Muda dikatakan masih belum mencapai tahap yang boleh membanggakan, namun untuk sampai ketahap ini amatlah boleh dikatakan satu pencapaian yang memuaskan dalam tempoh jangka masa yang panjang ini.

“Kita perlu lebih banyak melakukan pembaharuan dari segi permainan sekiranya ingin bersaing dengan negara-negara hebat dalam bola sepak seperti Jepun,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun, malam semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad negara gagal beraksi cemerlang di laman sendiri setelah dibelasah 0-4 oleh pasukan Samurai Biru.

Kim Swee turut mengakui kekalahan turut berpunca daripada kesilapannya yang gagal mengatur strategi permainan yang berkesan.

“Saya menjangkakan corak serangan yang diamalkan seperti perlawanan terdahulu (di Fukuoka) Jepun, mampu memberikan kejutan kepada mereka, namun saya tersilap membuat ramalan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Jepun, Sekizuka Takashi memuji anak buahnya kerana memberi persembahan yang hebat mengalahkan pasukan negara dengan jaringan yang besar.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pemain saya hari ini kerana mereka bermain dengan baik dan telah menjaringkan empat gol,” katanya.

Beliau gembira jika pemain dapat menambahkan jaringan gol untuk meningkatkan peluang mereka menjadi pasukan pertama menempah tiket ke pusingan kelayakan.

Jepun akan bertemu Bahrain di laman lawan pada 14 Mac ini manakala Malaysia akan bertemu dengan Syria di gelanggang berkecuali iaitu di Jordan pada tarikh yang sama.

Powered by WordPress | Lirik Lagu Terbaru