
Penyanyi yang dikenali dengan lagu ‘Awan Nano’ juga baru-baru ini ditabalkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, menepis tuduhan gambar yang tersebar di laman sosial baru-baru ini bersama seorang gadis adalah teman wanitanya.
Hafiz berkata, buat masa sekarang dia enggan memikirkan soal cinta atau mencari pengganti baru selepas putus cinta dengan penyanyi Adira baru-baru ini.”Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi” kata Hafiz.

“Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta,” seloroh Hafiz lagi. Tambah Hafiz lagi, sebagai tanda hormat terhadap gadis berkenaan, dia enggan mendedahkan nama individu yang dilihat begitu mesra dengannya itu.



