
Isu pemakaian legging dikalangan muslimah di Malaysia kian menjadi ‘trend’ apabila ianya dijadikan satu ‘fesyen’ semasa hangat masa kini. Menyentuh mengenai isu ini, penulis ingin mengambil contoh seorang artis yang bernama Yuna. Beliau merupakan antara artis yang menampilkan ‘imej’ muslimah dalam karier seninya sebagai penyanyi. Ambil contoh, yang mana penampilan video Yuna bertajuk ‘Someone Out Of Town’ yang dinyanyikan oleh Yuna sendiri dalam video tersebut. Apa pendapat anda tentang penampilan Yuna? Pastinya, pendapat tersendiri bakal menjawab segala-galanya bukan? Jika tidak masakan boleh timbul dakwaan mengatakan ramai peminat dan penyokong Yuna tidak senang dengan penampilan Yuna yang mengenakan legging dalam video tersebut. Dikatakan juga, ramai yang berasa agak kecewa kerana menganggap gadis ini tidak lagi menjaga kesopanan dalam berpakaian.
Mendapat Penjelasan dari Yuna yang mengatakan, beliau akan berhati-hati dalam memilih pakaian yang sesuai selepas ini.
“Pasal pakai legging tu saya tidak rasa ia satu kesilapan. Saya pakai kerana saya rasa selesa dan bersesuaian dengan penampilan saya ketika itu. Saya pun tak sangka, peminat tidak suka. Walau bagaimanapun, isu ini sudah pasti membuatkan saya lebih berhati-hati pada masa hadapan. Saya sudah tahu apa yang peminat suka dan tidak suka. Tetapi, saya tidaklah kata tidak akan pakai lagi sebab kadang-kadang pakai skinny jeans pun orang ingat kita pakai legging. Saya sudah biasa dengan isu-isu begini dan saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja,” ujar Yuna dalam penjelasan isu pemakaian legging dalam video klip ‘Someone Out Of Town’.
.




