Pemain antarabangsa Brazil, Ricardo Kaka’ atau nama pada jersinya Kaka’ baru-baru ini dikatakan ke sebuah masjid di Dubai. Juga dikatakan menurut sumber bahawa Kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid tersebut.

Di Real Madrid sendiri terdapat beberapa pemain yang beragama islam seperti Karim Benzema, Sahin, Hamid Altintop, Mesut Ozil, dan juga Khedra. Ini salah satu sebab mungkin Kaka’ terbuka pintu hatinya untuk memeluk islam dengan kehadiran rakan sepasukan yang beragama islam.

Difahamkan gambar ini diambil pada tarikh 26 Disember 2011di salah sebuah masjid di Dubai. Semoga mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah dipermudahkan urusannya untuk terus memeluk islam dan diredhai dunia dan akhirat.



