
Menurut Sabariah ibu kepada Nur Amalina, Amalina dikatakan masih jadi pelajar cemerlang di universiti.Pelajar cemerlang SPM tahun 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).Adakah benar
persoalan yang timbul mengenai ‘shock culture’ Amalina di United Kingdom di jawab dengan telus oleh ibunya tanpa menukar ‘isu’ utama?
Pelajar yang mendapat 17A SPM itu dikatakan kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan bakal menamatkan pengajian pada Mei 2012 ini. Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.
“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap. Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir. Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.
“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.
Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.
“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.
Juga memberi keterangan, seorang rakan ‘seperjuangan’ Amalina di United Kingdom.
Jangan buat tuduhan melulu, saya salah seorang daripada kawan amalina di university and the white guy in the photo is not her boyfriend, he is one of her friends… ibunya selalu datang melawat amalina di UK, at least twice a year, so her mom knows her really well, takde issue yang nak kata dia sosial terlampau,,, she has many friends…dia rapat dengan orang malaysia di edinburgh, dia juga berkawan dengan europeans..in fact she speaks italian fluently… belajar di UK saya tahulah, you need to have a balance life,,you study hard, but you also need to take a break from your studies.. lagi lagi kalau buat medicine.. it’s very tough.. gambar yang dia bersama girlfriends dia ice skating tu just after her birthday celebration.. apa salah ke kalau nak keluar ice skating ngan kawan2, ada dia buat maksiat? and gambar dia dengan mat salleh tu, ada gambar seorang lagi kawan di dalam photo yang telah di ‘crop’ oleh orang yang menyebarkan gambar, seolah olah menampakkan itu hanyalah gambar berdua dia dengan lelaki mat salleh tu,,,even her mom knows him and her mom knows all her friends yang kat dalam gambar2 yang disiarkan tu…salah ke kalau dia nak berkawan dengan mat salleh, i know who she is..she loves fashion, she loves dressing up,,but don’t judge people by its cover, she still know her limitations and batasan ok.. amalina memang free hair sebelum dia pindah ke UK lagi, so there is no issue yang dia dah berubah and kejutan budaya…that’s all for now..thanks
Isu yang berbangkit dikatakan
Amalina mengalami ‘Kejutan Budaya’ sepanjang pengajiannya di United Kingdom
. Tetapi berdasarkan dialog penjelasan yang diberi oleh ibunya seolah-olah seperti tersilap isu. Isu utamanya bukan ‘pelajaran’ nya tetapi soal ‘berpakaian’ dan aktiviti sosial yang dilihat agak seperti kebaratan dan terdedah
. Sepertinya, Ibu Amalina, Sabariah seperti ingin lari daripada isu sebenar yang dikatakan isu ‘shock culture’ dan bukannya mengenai ‘pelajaran’ Amalina tergangu atau tidak.
Dan yang terakhir penjelasan dari Amalina sendiri mengenai isu ini.
“Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama…”
PS: Bagi ps, Amalina bukanlah contoh yang baik untuk diikuti oleh peminatnya setelah penjelasan ini. Sekali lagi diharapkan pembaca dapat mendoakan agar Amalina terbuka hati dan lembut hati dalam segala hal terutama dalam hal pergaulan dan pemakaian.