Artis yang sering dikaitkan dengan kontroversi-kontroversi hangat, Azwan Ali sekali lagi dihangatkan dengan isu-isu panas apabila dikatakan sering sahaja membuat ‘panas’ dilaman twitter miliknya. Gara-gara mulut celuparnya memaki hamun, akaun twitter Azwan Ali @azwanNur tiba-tiba telah digodam oleh Team RileksCrew awal pagi tadi.


Penggodaman ‘Hack’ tersebut dilakukan, dikatakan menurut facebook ‘Hacker’ itu tidak dapat dipastikan sesiapun, mungkin juga ‘meluat’ dengan kontroversi yang dilakukan Azwan Ali yang sering sahaja mencetuskan Isu hangat dikalangan artis lain. Bagaimanapun, semalam dalam satu sidang media di Restoran Al Rawsha, Azwan Ali telahpun berdamai dengan Ummi demi ikatan kekeluargaan.

Beberapa minit selepas menggodam twitter Azwan, RileksCrew dilaporkan turut menggodam yang juga blog azwan ali di URL http://silaserazwanali.blogspot.com.



