Rompak hentak kepala di ATM China. Tajuk pun dah seram sejuk, tapi inilah hakikatnya. Kejam! Itulah yang boleh di katakan apabila dengan cuma bersenjatakan sebiji bata, perompak ini menghentak kepala mangsa di ATM sebelum merompak mangsa yang sudah menjadi lemah.

Video ini seharusnya membuat kita lebih berjaga-jaga dengan persekitaran terutama sewaktu mengeluarkan wang di ATM yang tidak dikawal. Sekiranya ingin mengeluarkan, ajaklah teman ikut bersama dan pilihlah ATM yang selamat. Walaupun anda menggunakan kad bank A, tetapi sekiranya mengeluarkan duit di ATM bank B lebih selamat, lakukanlah. Jangan kerana cas RM1 oleh bank B, anda mengambil risiko untuk tidak menggunakan bank B sedangkan ATM bank A mempunyai risiko kehilangan semua duit anda malah nyawa anda sekali.
Mari tonton video ini dan jadikan pengajaran.
PS: Perompak sudah ditangkap (sumber dari berita). Jadikan pengajaran supaya lebih berhati hati, tidak kira di ATM atau di mana mana tempat sekalipun.



