
Novel epik romantis Ombak Rindu yang ditulis oleh Fauziah Ashari adalah salah satu novel popular pilihan, dan setelah di adaptasi dijadikan Filem Ombak Rindu kini berjaya dengan kutipan RM10 juta selama 17 hari penayangannya di pawagam tempatan. Kutipan yang diterima itu bermula dari hari pertama tayangannya pada 1 Disember lalu. Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan berkata, hasil kutipan tersebut mungkin akan meningkat kerana tayangan filem tersebut dilanjutkan selama dua minggu berikutnya.
“Setakat ini kutipan Ombak Rindu ialah RM 10 juta yang mana melebihi sasaran awal kami iaitu RM6 juta. ”Saya jangkakan mungkin boleh mnecapai RM14 juta kerana tayangan akan dilanjutkan selama dua minggu lagi selepas tarikh wajib tayang,” katanya, sumber mStar Online.
Sharad turut berkata Tarantella Pictures telah menjanjikan ganjaran dan bonus kepada pelakon dan krew produksi yang terlibat sebagai penghargaan kerana menjayakan sepanjang pengambaran filem ini dilakukan.
“Pihak kompeni sudah tentu berbangga dengan kejayaan filem ini dan semamangnya telah merancang untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang terlibat,” katanya.
Sharad berkata lagi, kejayaan filem adaptasi novel Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan tahun lalu,Tarantella Pictures akan terus menerbitkan filem yang diadaptasi novel popular kelak.
“Kejayaan dua filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak setan, Tarantella Pictures akan muncul dengan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki tulisan Ahadiat Akashah danLagenda Budak Setan 2,” katanya.
Katanya, filem Ombak Rindu bakal disertakan untuk ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2012 Ombak Rindu.

Sedikit sinopsis mengenai watak utamanya, filem ini mengisahkan Izzah lakonan Maya Karin yang memegang watak gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah, lalu ayah dan ibu saudaranya mengambil alih tugas untuk memelihara Izzah. Walaubagaimanapun, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang, Taha telah menjual Izzah kepada seorang pemilik kelab malam. Di situlah bermulalah perkenalan Izzah dengan Hariz (Aaron Aziz) yang menjadi pelanggan di kelab itu.



