5 Tips Terbaik Penggunaan Notebook Sebagai Pengganti PC Desktop

Pernahkah anda terfikir untuk menggunakan notebook atau laptop sebagai pengganti PC Desktop di rumah? Notebook memang memudahkan untuk dibawa kemana sahaja dan memudahkan urusan kita. Walaupun pengunaan telefon pintar dan seumpama tablet pc semakin menjadi kegilaan masa kini, namun masih lagi tidak mampu mencapai kepuasan maksima individu itu. Laptop masih boleh dianggap relevan pengunaannya kepada mereka yang inginkan kepuasan yang seumpama penggunaan pc desktop dirumah walaupun pada hakikatnya masih tidak boleh menandingi kuasa pc desktop.  Ada kalanya anda harus menggunakan notebook untuk bekerja dalam waktu yang cukup lama. Anda boleh mencuba tips berikut ini untuk lebih selesa menggunakan laptop.

1. Gunakan Mouse Tambahan

Notebook memang menyediakan touchpad. Namun, untuk anda yang tidak biasa dengan penggunaan touchpad, ini akan membuatkan kerja anda lebih lambat. Oleh kerana itu, gunakanlah mouse untuk mempercepat kerja anda.

2. Gunakan Keyboard Tambahan

Keyboard dan monitor merupakan sesuatu yang amat penting , mudah untuk mengubah posisi keyboard yang diinginkan. Gunakan keyboard tambahan jika anda ingin lebih selesa menaip walaupun agak jauh dari monitor.

3. Gunakan Monitor Tambahan

Jika berasa monitor anda terlalu kecil dan tidak selesa untuk digunakan dalam jangka waktu yang lama, anda tidak perlu terus menggantikan laptop anda kepada yang lebih besar skrinnya. Anda hanya perlu menghubungkan notebook anda dengan monitor yang memiliki layar skrin yang lebih besar sehingga pandangan mata menjadi lebih luas dan tidak cepat membuat mata terasa letih.

4. Pastikan Bateri Notebook Dicas

Jangan biasakan bekerja menggunakan notebook dengan hanya menyambungkan adaptor tanpa memasang bateri notebook. Kerana jika sambungan elektrik mati secara mati tiba-tiba, hard disk anda mungkin rosak dan data yang sedang anda lakukan mungkin akan terus hilang. Hentikan aliran daya elektrik jika bateri telah penuh dicaskan untuk mencegah aliran lektrik bateri bocor kerana terlalu lama dicas.

5. Gunakan Meja yang Ergonomik

Untuk keselesaan penggunaan notebook dalam jangka masa yang lama, anda boleh membeli meja khas yang memang direka secara ergonomik untuk keselesaan penggunaan notebook dalan jangka waktu lama, seperti pada gambar di bawah ini.

Powered by WordPress | Lirik Lagu Terbaru