Hattan menyebut, “Dia tulis aku ceraikan isteri kau dengan talak tiga”, suka hati dia… walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku,” ujar Hattan dipetik sebagai berkata melalui Rotikaya.
Dan sebagaimana kontroversi Yasmin Hani yang tidak mengundang wartawan ‘gemuk pendek’ itu ke majlis kahwinnya, Hattan juga mendakwa dia diburuk-burukkan dalam gosip akhbar kelolaan wartawan tersebut kerana tidak mengundang beliau ke majlis perkahwinannya.
Tambah Hattan, hanya wartawan ‘gemuk pendek’ itu sahaja yang tidak diundangnya berbanding wartawan-wartawan lain yang pandai menghormati artis. Tambahan pula, tanya Hattan, siapalah wartawan itu yang mahu disanjung-sanjung bagai VIP layaknya?
Kesimpulannya, wartawan ‘gemuk pendek’ yang dimaksudkan oleh Hattan itu sememangnya sering mencetuskan kontroversi yang melampaui bidang tugasnya. Jika ini berterusan, ia kemungkinan akan menyebabkan maruah segelintir wartawan lain turut akan tercemar kerana ‘nila setitik’ yang membuat onar.
Saat perkahwinan Hattan…

Sebagai wartawan, mereka seharusnya membuat penyiasatan teliti dan mengetengahkan bukti sahih sebelum membuat sebarang ‘gosip panas’. Jangan hanya kerana mahu memenuhkan kolum gosip yang tak seberapa… artis yang tidak bersalah menjadi mangsa.




