Raja Lawak Ditahan Kerana Mengambil Dadah

Seorang Raja Lawak ditahan di Sabah ketika didapati merayau-rayau tanpa hala tuju didapati positif dadah. Akhir-akhir ini banyak sangat kes dadah atau jenayah yang berlaku dikalangan artis. Mungkin disebabkan tekanan atau tiada ‘job’ sehingga mencari jalan penyelesaian untuk menghilangkan stress dengan mengambil dadah.

Tapi yang mengejutkan kali ini adalah dari bekas Raja Lawak. Hmm….mungkin ramai yang boleh agak kalau kes di Sabah, Raja Lawak pun baru berapa musim. Juara pun baru ada 5. Agak-agak siapa eh kalau kejadian nie berlaku di Sabah?

Siapa pun pelaku, ianya sedikit-sebanyak mencalarkan imej Raja Lawak yang menjadi hiburan sekeluarga pada setiap Jumaat sejak sekian lama dan menjadi ikutan anak muda dan kanak-kanak. So, sesiapa yang ingin menjadi peserta Raja Lawak 6 perlulah lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diberikan, sebagai idola dan ‘public figure’.

Kepada yang bersalah, insaflah dan cubalah ubah cara hidup. Semoga masih diterima di kalangan peminat (kalau ada) dan penerbit. Kalau tiada rezeki, apakan daya tapi jangan sesekali kembali menagih. Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan. “Amalkan Cara Hidup Sehat” (iklan Jabatan Kesihatan). sumber

3 Comments

  1. poru says:

    dunia artis mmg sukar … kes ni sama mcm kes saiful apek , dan slh seorang ahli senario .. huhuhu

  2. ArauBlogger says:

    Kebanyakan artis dapat duti pun mudah …habis pun mudah …..akibat dadah

  3. Have you seen this new wordpress plugin from online marketing genius Daniel Tan known as SEO Pressor yet? I have been using it for a few weeks and I already have 5 of my latest blogs on the 1st page of google for very competetive keywords! I recommend you take a look here: SEOPressor

Powered by WordPress | Lirik Lagu Terbaru