Khabar angin telah kedengaran sejak minggu lepas yang percintaan mereka sudah berada dihujung jalan namun Fida & Mamat masih belum mengeluarkan apa apa kenyataan berkaitan isu tersebut.
Namun pagi ini, kenyataan dari pihak Fida yang kami temubual menerusi telefon mengesahkan yang mereka berdua kini sudah tidak mempunyai hubungan apa apa dan Fida mahu teruskan hidup tanpa Mamat.
Status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut.
“Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”
“Tetapi, selepas di’fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di’sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu diputuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”
Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?
“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”
“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja”
Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?
“(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukannya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni”
Ada pesanan untuk Mamat kalau kalau dia membaca tulisan kami?
“Fida harap dimasa akan datang kalau kita dijodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua” – rotikaya
sumber : bloggerhebat





Perkara mcm nih kenalah beritahu pd mamat dahulu
agar tiada salah faham. Jangan penting diri…
Be pro lah cik perempuan…. kalau tak suka kasi tau jer mamat..
settle… berpisah dgn cara yang baik tiada dendam…
Hello Website Owner! I ran into your WordPress website through Google. We offer article writing services at 1 cent per word – that is $5 for a 500 word article! Our writers are US natives and we scan each of our articles through Copyscape to ensure your content is unique. If you would like somebody to write your content, we would be more than happy to do it! http://www.ContentWriters.us
Hello Website Owner! I ran into your website through Google, and I liked it. We can get you RANKED higher on Google to help you get more traffic and earn more money through backlinks to your website. We have backlink packages as low as one time $5. You should give us a try if you are serious about making money online. Thank you! http://www.BuildBacklinks.us