RAMAI orang berkata kononnya yang namanya wang amat penting sekali dimana sebahagian daripada kita sanggup menjual maruah atau membunuh kawan demi wang dan disamping wang ada pula pula yang beranggapan cinta itu sebenarnya lebih penting dari wang. Apakah kenyataan itu ada benarnya? Jadi, mana satu yang penting sangat? Adakah wang atau cinta?
Memang benar kalau ada cinta, tak ada wang akan pasti susah kesudahannya sebab wang boleh menyebabkan sebahagian orang yang tidak kuat imannya akan tunduk/patuh apa saja arahan dari yang namanya boss. Kerana wang orang sanggup meninggalkan apa saja miliknya, kerana wang orang sanggup melakukan apa saja atau buta hati alias buta mata.
Tapi kalau sekadar ada cinta dan tak ada wang, lalu bagaimana mahu hidup? Bukankah merempat nantinya yang lalu apa bakal dimakan oleh sang isteri atau isteri-isteri dan anak-anak serta apakah terus menyewa rumah pangsa atau rumah atas air untuk terus berteduh dari hujan dan panas bersama-sama anak-anak tercinta?
Persoalan lain pula dibangkitkan bahawa apakah hidup ini cukup sekadar cinta dan wang melulu? Tentunya ada lagi yang lebih penting. Ada pula yang menyatakan bahawa “cinta dan wang, silakan minggir” dan yang paling diutamakan katanya ialah gadis pilihan harus cantik atau cute.
Apakah kenyataan sebahagian daripada kawan-kawan saya itu memangnya benar? atau Apakah kecantikan dapat menjanjikan kebahagiaan atau barangkali kecantikan itu merupakan ular yang amat berbisa yang harus dicampakkan ke neraka jahanam? Begitulah sebaiknya.
Baiklah, kalau ada wang pun tanpa cinta, tentunya sukar sangat kehidupannya sebab ada wang tanpa ada kasih sayang atau kasih sayangnya dipaksa-paksa, maka apa pula akan terjadi? Bukankah bakal makan hati berulam jantung? Dan bakal menyusahkan semua orang atau menyebabkan keadaan tidak menentu? Itulah kenyataannya.
Jadi bagi saya kalau ada kawan-kawan mengatakan yang cinta lebih penting dari wang atau wang lebih penting dari cinta adalah Shit namanya. Jadi, bagi saya wang dan cinta, juga kecantikan amat penting sekali dan kerana itulah nabi junjungan kita pernah bersabda bahawa untuk memilih isteri haruslah punya harta, ada rupa serta baik budi pekertinya alias beragama. Benar kian?
Apa yang saya perhatikan bahawa kehidupan remaja kita sekarang ini amat mementingkan kerja-kerja yang menyeronokkan seperti “enjoy” atau “happy go lucky” atau melakukan sesuatu yang tidak berfaedah tanpa memikirkan masa depan yang lagi jauh.
Melepak di shoping centre sambil menganggu orang lain yang lewat atau suka menonton MTV dan macam-macam adalah antara kegiatan remaja kita seperti misalnya ditahun baru ini kelak mereka akan mandi di pantai Tanjung Aru sambil ada sebilangan daripada mereka berbogel yang tujuannya atau kononnya untuk membuang sial dan banyaklah para remaja kita menjadi penghuni pantai menjelang 1 Januari setiap tahun yang semacam tradisi atau budaya yang harus diamalkan/padahal budaya barat yang merosakkan akhlak anak-anak bangsa, yang jelasnya berlaku hingga pagi yang lalu banyak yang kena Tangkap Basah. Jabatan agama harus mempertingkatkan usaha untuk mencegahnya dari terus berlaku.
Yang saya perhatikan banyak daripada mereka amat malas belajar dan tidak punya keinginan untuk maju, malah mencuba untuk melibatkan diri dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, menghisap syabu, ubat batuk dan akhirnya tidak bersungguh-sungguh untuk terus belajar atau mencari ilmu dan tidak punya cita-cita untuk menjejakkan kaki ke universiti. Lihat di pentas Padang Merdeka setiap petang sewaktu kami latihan teater, betapa syoknya mereka berkumpul beramai-ramai sambil menghisap ubat batuk dan mungkin syabu serta akhirnya tertidur ampai-ampai. Inilah sebahagian rupa bentuk belia bangsa kita. Salah siapa? Tentu bukan salah ibu mengandung.
Banyak anak-anak orang kaya atau anak-anak para pemimpin yang sebuk sepanjang waktu dan suka benar berlagak dengan cara memandu mercedes atau ninja turtle yang disediakan oleh kerajaan untuk bapanya dan kemudian menggunakan jalanraya untuk berlumba dan bila ditanya tentang kelulusannya/orang segera menjawab “anak sianu atu gagal tingkatan tiga” dan malas untuk terus belajar dan akhirnya bila ayah dan ibu yang kaya tidak ada alias meninggal dunia serta harta habis begitu saja, maka akhirnya si anak orang kaya yang dimaksudkan hidup dalam keadaan merempat yang akhirnya mungkin menjadi pengedar dadah, penyamun dan pembunuh/kalau tidakpun menjadi penipu atau kaki klintong sebab tidak punya pelajaran kerana gagal tingkatan tiga.
Lalu kerana itulah saya perkatakan bahawa yang kaya pun mungkin tak bermakna langsung kerana kekayaan yang ada hanyalah sementara saja sebab kekayaan adalah milik peribadi bapanya dan oleh sebab ia tidak berpelajaran, maka akhirnya ia sendiri tidak dapat mentadbir harta yang banyak ditinggalkan dan akhirnya dihabiskan begitu saja untuk maksud “enjoy” atau digunakan untuk berjoli ke sana ke mari dan sesudah itu ia pun merempat yang lalu akhirnya miskin papah kedana dan jalan terakhir untuk mencari harta, ia terpaksa melakukan sesuatu yang ditegah oleh agama, mencuri, menipu misalnya dan macam-macam lagi.
Lalu bagaimana pula pengertian cantik yang selalu diperkatakan orang. Memang kebanyakan daripada kita kalau mahu memilih isteri atau kekasih yang tentunya maha cantik, putih kulitnya bagai telor dikupas bak si anak China. Tapi apakah kecantikan itu harus diukur dari segi rupa bentuk paras wajah atau ada lagi cara lain?.
Memang ada yang cantik, tapi perangai macam syaitan dan “pandai minum bir pula tu” kata Alidin sambil tersenyum bila kami berbicara soal kecantikan seseorang gadis. Bila mabuk, jalannya macam orang gila dan bicaranya pun tak menentu. “Wajahnya memang cantik, tapi kuat merokok/itulah sebabnya saya tak suka dia sebab nafasnya berbau rokok” kata Karim Gulam dari Tenom yang ikut serta dalam perbincangan sebaik saja kami selesai berbuka puasa.
Bagi saya, biar secantik manapun rupa seseorang atau laksana bidadari yang turun dari keyangan, kalau suka minum arak dan merokok serta tabiatnya nahujubillah, maka kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah itu tak bermakna langsung dan bagi saya ia tidak lebih dan tidak kurang seperti seekor kambing betina atau sang badut yang digiring ke kandang untuk dijadikan santapan banyak orang secara bergilir-giliran. Begitulah keadaannya.
Nah, untuk itu maksud kata cantik ialah yang mempunyai budi pekerti yang baik, hormat mereka yang lebih tua, hormat keluarga, menghormati pemimpin dan kala berbicara suaranya merendah, tak sombong, tak takbur dan tidak meninggi diri walaupun ia kaya atau mempunyai kontrak sekolah/jalanraya berjuta, tapi selalu merendah diri kerana Allah dan selalu sedar bahawa apa yang diperolehinya adalah anugerah Allah semata-mata yang bersifat sementara sahaja.
Jadi, untuk apa mahu bercantik-cantik dan berjam-jam duduk di depan cermin sebelum mahu datang ke kantor atau pejabat korporat, kalau tabiatnya lebih buruk dari si kupu-kupu malam yang sering melayan tetamu yang akhirnya si kupu-kupu malam itu tiba-tiba dimasukkan ke syurga bila ia memberi makan anjing yang sakit di tengah jalan. Pernahkah anda mendengar cerita tersebut yang berlaku di zaman nabi junjungan kita?
Memang ada yang kaya atas anugerah Allah, sombongnya bukan main hebat. Ketika berjalan dadanya yang cepat menonjol ke depan yang seolah-olah dunia ini miliknya secara peribadi. Cakapnya bukan main tinggi dan kalau berbicara, pasti London, Paris atau wang berjuta tak akan luput dari mulutnya, pembohongnya bukan main hebat, padahal kekayaannya adalah akibat nasib baiknya yang rapat sangat dengan orang politik yang selalu memberikan peluang kepadanya untuk mendapatkan kontrak berjuta atau pun kerana berniaga dengan cara Ali Baba akibat ia punya lesen kontrak kelas “A” alias kerana bijaksana membodek atau kerana mendapat ten persen komisen yang diharapkan Badan Pencegah Rasuah lebih mempergiatkan usaha untuk membentrasnya dan menangkap orang demikian.
Kalau bercakap tentang diri, dia pun segara mengatakan”saya ini orang korporat dan presiden kepada persatuan ” Katanya/hal ini pernah diperkatakan oleh kawan baik saya yang namanya Jaidi sebab ia sendiri terkena dan langsung diberitahukannya kepada saya tentang betapa sombongnya orang kaya itu/ walaupun Encik Jaidi tidak pernah mahu bertanya tentang biodatanya, tapi ia lebih dulu menyatakannya. Barangkali jawatan Presiden amat besar ertinya bagi dia. Macam katak di bawah tempurung. Astaga!
“tidak usah kaget atau hairan saudara Jaidi sebab memang manusia demikian dan suka meninggi diri dan lupa daratan” Kata saya kepadanya dan saya lantas menyatakan bahawa orang demikian akan didatangi bala akhirnya. Tuhan maha tahu apa yang dilakukannyan dan rahsia biarlah kita simpan untuk sementara waktu dan lantas Jaidi menyatakan “Dia ingat kita takut dan mudah digertaknya” tambah Jaidi yang pernah menjadi pegawai polis dan sekarang menjadi pegawai penyiasat di salah satu Jabatan Kerajaan di Kota Kinabalu.
Timang-timang tinggi
Sampailah ke Indragiri
Orang miskin bertanam padi
Orang kaya datang mencuri
PENULIS SENJA
16 OKT 2011





kejap, nnti dah abeh bacaaku komen balik..
thnks brO
Gua paling benci lah anak orang kaya yang berlagak kaya tu. Harta mak bapak je tapi buat macam harta sendiri. Come on lah… x da maknanya macam tu.
PS: Ayat cerpen ni bahasa Indon kan? Heeeeeeeee
bahasa melayu rojak la katakan .. haha ps guna ayat umum supaye semua orang bole bace