Bapa Bunuh Bayi Lelaki Kerana Menangis Dan Ganggunya Bermain Game

 

 

SHELBYVILLE, Tennessee 22 Okt. – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 27 tahun selepas didapati bersalah membunuh bayi lelakinya, Oktober tahun lalu.

Andrew Keith Johnston, 19, bagaimanapun mengaku bersalah kerana membunuh bayi lelakinya, William yang ketika itu baru berusia sebulan.

Penolong Peguam Daerah, Mike Randles berkata, Johnston telah memberikan kenyataan bertulis yang menyatakan dia merasa rimas apabila bayi itu menangis, sekali gus mengganggunya bermain permainan video, lapor akhbar The Shelbyville Times-Gazette.

Bayi itu mengalami pendarahan otak dan meninggal dunia seminggu selepas dimasukkan ke hospital.

Menurut laporan bedah siasat, William terbunuh akibat ‘trauma yang bukan disengajakan’.

Pendakwa raya berkata, Johnston telah memeluk bayi malang itu dengan kuat dan menggoncangkan tubuhnya. – Agensi

 

SUMBER

Powered by WordPress | Lirik Lagu Terbaru