SKMM Ambil Tindakan Berhubung Kes Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Menghina Yang di-Pertuan Agong

tak habis lagi ke kes makcik hajjah siti al-wuzara nih .. ingatkan ps makcik hajjah siti al-wuzara dah masok dalam lokap .. rupanya masih berkeliaran di alam cyber ni .. menghina agama islam konon .. sekarang Menghina Yang di-Pertuan Agong pulak … perghhh ape da manusia nih


KUALA LUMPUR 28 Sept. — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais YatimMakcik Hajjah Siti Al-Wuzarahttp://www.penulissenja.com/2011/09/makcik-sitt-al-wuzara-menghina-islam.html berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘’.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini hari ini.

“Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa’.

Bagaimanapun, Rais berkata, SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya, individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air. — Bernama

sumber : utusan.com.my

Powered by WordPress | Lirik Lagu Terbaru